pilihan selamat

Fahami pilihan anda dengan jelas, tanpa rasa dihakimi.

Kami di sini untuk memastikan anda mendapat maklumat yang jelas dan sokongan yang boleh dipercayai, supaya anda dapat membuat keputusan yang sesuai untuk diri anda.

Kalkulator kehamilan:

Mengetahui usia kehamilan boleh membantu anda memahami pilihan yang ada. Gunakan kalkulator ini untuk mendapatkan anggaran kehamilan berdasarkan hari pertama haid terakhir anda.

Jika anda tidak pasti tentang tarikhnya, jangan risau. Anggaran ini hanyalah sebagai panduan dan kami boleh membantu anda memahaminya.

Dua pilihan utama untuk pengguguran

Secara umum, terdapat dua pilihan untuk pengguguran: menggunakan ubat gugur atau menjalani prosedur di klinik. Kedua-duanya adalah pilihan yang selamat. Pilihan yang sesuai bergantung kepada usia kandungan, keadaan anda, dan pilihan mana yang paling mudah diakses bagi anda.

Pengguguran menggunakan ubat gugurkan kandungan

Pengguguran menggunakan ubat gugurkan kandungan melibatkan pengambilan ubat untuk menamatkan kehamilan. Ia boleh dilakukan di rumah atau di tempat pilihan anda dengan maklumat dan sokongan yang betul.

Sehingga bila ia boleh dilakukan?

Ubat ini boleh digunakan pada semua peringkat kehamilan. Tapi, jika anda ingin uruskan pengguguran ini sendiri, ia disyorkan sehingga usia kehamilan 13 minggu 6 hari.

Bagaimana prosesnya?

Anda akan mengambil dua jenis ubat. Apabila anda mengambil ubat ini, anda akan mengalami pendarahan. Ada individu akan ada pendarahan sama seperti haid biasa, dan ada juga yang mengalami pendarahan yang lebih banyak.

Apa yang boleh dijangkakan?

Selepas mengambil ubat ini, anda akan alami rasa kejang (cramp), loya, muntah, cirit-birit, demam atau mengigil. Kebanyakan orang dapat melalui proses ini dengan selamat di rumah.

Prosedur di klinik

Prosedur di klinik dilakukan oleh petugas kesihatan. Ia adalah prosedur kecil yang menggunakan kaedah sedutan untuk mengeluarkan kandungan di rahim.

Sehingga bila ia boleh dilakukan?

Ia bergantung kepada klinik dan usia kandungan anda.

Bagaimana prosesnya?

Prosedur dilakukan di klinik dan biasanya mengambil masa yang singkat. Anda akan dipantau oleh petugas kesihatan sepanjang proses.

Apa yang boleh dijangkakan?

Anda mungkin mengalami kekejangan ringan dan pendarahan selepas prosedur. Kebanyakan orang boleh kembali melakukan aktiviti harian dalam masa yang singkat.

Penting!

Kedua-dua pilihan menggunakan ubat gugurkan kandungan atau prosedur di klinik adalah pilihan yang selamat.