Cara kami bantu anda?

Kami berkongsi maklumat yang jelas dan boleh dipercayai, serta memberikan sokongan mengikut keperluan anda.

Maklumat

Maklumat yang jelas tentang pilihan yang ada, apa yang boleh dijangka, dan cara untuk kekal selamat.

Pilihan yang selamat dan boleh dipercayai

Kami bantu anda memahami pilihan yang selamat dan boleh dipercayai berdasarkan situasi, keperluan, dan lokasi anda.

Sokongan

Kami mendengar, menjawab soalan anda, dan bersama anda semasa anda membuat keputusan yang dirasakan sesuai untuk diri anda.

Two joyful Asian Indonesian Muslim women in hijabs making peace signs and smiling brightly while posing in a studio setting.
Two joyful Asian Indonesian Muslim women in hijabs making peace signs and smiling brightly while posing in a studio setting.
Girl with smartphone in hands looking at screen and scrolling through online posts or new messages after sleep while sitting on bed
Girl with smartphone in hands looking at screen and scrolling through online posts or new messages after sleep while sitting on bed
Hubungi Kami

Anda boleh mula dengan menghubungi kami.

Selepas anda mengisi beberapa maklumat asas, kami akan hubungi anda dalam tempoh 12-24 jam melalui aplikasi Signal atau emel sebagai medium untuk berkomunikasi kerana ia lebih selamat dan lebih menjaga privasi.

Berdasarkan situasi anda, kami akan berkongsi pilihan dan maklumat yang boleh membantu anda pertimbangkan untuk langkah seterusnya. Semua soalan anda, kami akan cuba jawab di sana.

Mendapatkan maklumat lebih awal boleh membantu anda memahami pilihan yang ada.

Apa pun pilihan anda, kami tetap ada di sini.

Anda tak perlu lalui semua ini seorang diri.

Kami tahu, kadang-kadang anda tak pasti di mana nak mula.

Anda boleh mula dengan menghubungi kami. Dari sana, kami akan mendengar dan bersama-sama dengan anda untuk memahami dan memberikan pilihan yang sesuai dengan anda.

1

Isi borang ringkas

Kongsikan sedikit tentang situasi anda. Ia ringkas dan selamat.

2

Kami akan hubungi anda dalam masa 12–24 jam

Kami menggunakan Signal atau e-mel untuk berkomunikasi kerana ia lebih selamat dan menjaga privasi anda.

3

Terima maklumat & sokongan

Kami akan berkongsi maklumat tentang pilihan yang ada. Anda boleh bertanya apa sahaja yang anda ingin tahu.

4

Ambil masa yang anda perlu

Anda boleh membuat keputusan mengikut apa yang dirasakan sesuai untuk diri anda. Cuma, pilihan yang tersedia mungkin berbeza bergantung pada usia kehamilan. Mendapatkan maklumat lebih awal boleh membantu anda memahami pilihan yang ada, walaupun anda belum bersedia untuk membuat keputusan.

Dapatkan sokongan

Anda boleh mula dengan menekan butang Dapatkan Sokongan di bawah dan mengisi beberapa maklumat ringkas. Selepas itu, kita akan meneruskan perbualan melalui Signal atau e-mel.

Kami ada di sini, walau apa pun yang anda sedang lalui